Kolam peribadi Renjana dengan payung dan kerusi kayu, rumah di sebelah kanan
Private Stay · Kuala Terengganu

Di Sini
Hati Tenang
Di Sini
Hati Tenang

Rumah peribadi empat bilik dengan kolam sendiri, berlatarkan sawah dan padang terbuka. Untuk keluarga yang mahu berehat tanpa orang lain. "Here, the heart is at peace." A private four-bedroom home with its own pool, set against open paddy fields. For families who want to rest, undisturbed.

Kerusi rotan di beranda menghadap padang terbuka Reed diffuser dalam bakul rotan di tepi katil
Tentang RenjanaAbout Renjana

Tempat untuk pulang, walaupun cuma semalam.A place to come home to, even for one night.

Renjana bermaksud perasaan yang mendalam, rindu yang membuat orang mahu kembali. Rumah ini dibina untuk itu: sebuah banglo satu tingkat yang tenang, kolam di halaman sendiri, dan sawah di sebalik pagar. Renjana is an old Malay word for a deep longing, the kind that draws you back. This home was made for that feeling: a quiet single-storey bungalow, a pool in your own courtyard, and paddy fields beyond the fence.

Tiada lobi, tiada jiran berkongsi kolam. Pintu dibuka hanya untuk keluarga anda. Bilik berbau wangi, tuala bersulam nama kami, dan teh panas dengan keropok lekor menunggu bila anda sampai. No lobby, no shared pool. The gate opens only for your family. Rooms that smell of fresh linen, towels embroidered with our name, and hot tea with keropok lekor waiting when you arrive.

"Hilang segala penat travel jauh-jauh, bila sampai Renjana"

Khairun Nisha · Google Review

GaleriGallery

Biar gambar bercerita.Let the pictures speak.

Kolam peribadi dengan payung dan dua kerusi kayu
Kolam peribadiPrivate pool
Meja makan kayu lapan tempat duduk dengan lampu gantung rotan
Ruang makanDining
Bilik tidur dengan hiasan dinding anyaman dan lampu tersembunyi
Bilik tidurBedroom
Beranda dengan kerusi rotan bersebelahan dinding blok berongga
BerandaVeranda
Dua kerusi rotan menghadap tanaman tropika
Sudut petangAfternoon corner
Dapur dengan tingkap menghadap sawah
DapurKitchen
Pintu masuk Renjana dengan papan nama hijau dan emas
Pintu masukEntrance
Lampu meja rotan menyala di sebelah katil
Waktu malamEvening
Dispenser sabun hitam dan emas di bilik air
Bilik airBathroom
Ruang & BilikSpaces & Rooms

Sewa seluruh rumah, atau cuma bilik yang anda perlukan.Take the whole house, or just the rooms you need.

Empat bilik tidur berhawa dingin, dua bilik air, ruang tamu, ruang makan dan dapur lengkap. Walaupun anda ambil satu bilik, rumah ini tetap peribadi: bilik lain ditutup dan tidak disewa kepada tetamu lain.Four air-conditioned bedrooms, two bathrooms, a living room, dining room and full kitchen. Even if you book a single room, the house stays private: the other rooms are closed and never let to other guests.

Paling dipilih keluargaMost chosen by families

Unit PenuhWhole House

Keempat-empat bilik, kolam, dapur dan semua ruang untuk rombongan anda sahaja. Hingga 15 tetamu.All four bedrooms, the pool, kitchen and every space, for your group alone. Up to 15 guests.

RM1,000 RM890 / malam · hari biasa/ night · weekday

Kadar istimewa hingga 31 Dis 2026. Satu-satunya pilihan pada hujung minggu dan cuti umum.Special rate until 31 Dec 2026. The only option at weekends and on public holidays.

Rombongan sederhanaMid-size groups

3 Bilik3 Bedrooms

Tiga bilik, dengan kolam dan ruang bersama tetap untuk anda sahaja.Three bedrooms, with the pool and shared spaces still yours alone.

RM750 / malam/ night

Hari biasa sahaja.Weekdays only.

Pasangan & keluarga kecilCouples & small families

1–2 Bilik1–2 Bedrooms

Satu atau dua bilik untuk percutian ringkas, tetap dengan kolam sendiri.One or two bedrooms for a short getaway, still with the pool to yourselves.

RM450 / malam · 1 bilik master/ night · 1 master room

2 bilik RM600 semalam. Hari biasa sahaja.2 rooms RM600 a night. Weekdays only.

Bilik master dengan katil Queen dan rak baju kayu

Bilik 1 · MasterRoom 1 · Master

Katil QueenQueen bed

Bilik dengan hiasan anyaman dan lampu LED di kepala katil

Bilik 2Room 2

Katil QueenQueen bed

Bilik dengan hiasan dinding anyaman corak matahari

Bilik 3Room 3

Katil QueenQueen bed

Bilik dengan tingkap tinggi dan hiasan anyaman

Bilik 4Room 4

Katil QueenQueen bed

Ruang tamu dengan sofa putih dan TV dinding
Ruang tamuLiving roomSofa panjang, TV dan ruang lapang untuk berkumpul.A long sofa, TV and open space to gather.
Meja makan kayu pejal lapan tempat duduk
Ruang makanDining roomMeja kayu pejal, lapan tempat duduk.A solid-wood table that seats eight.
Sentuhan RenjanaThe Renjana Touch

Perkara kecil yang tetamu ingat.The small things guests remember.

Bukan senarai kemewahan. Ini yang paling kerap disebut tetamu dalam review mereka.Not a list of luxuries. These are what guests mention most in their reviews.

Kolam peribadi berair jernih dengan tanaman tropika

Kolam peribadiPrivate pool

Untuk keluarga anda sahaja, dengan beting cetek untuk duduk dan bermain air.For your family alone, with a shallow sun shelf to sit and splash.

"Kolam sesuai untuk semua peringkat umur."Nur Hafiza
Bakul snek, kopi dan gula di dapur

Sambutan & sarapanWelcome & breakfast

Air teh dan keropok lekor ketika tiba, dan snek di dapur. Menginap 2 malam ke atas? Sarapan percuma pada pagi check-out.Tea and keropok lekor on arrival, and snacks in the kitchen. Staying 2 nights or more? Breakfast is on us on check-out morning.

"…jamu kami kepok lekor, air teh & free breakfast"Khairun Nisha
Mesin basuh dan pengering bertindan di sebelah peti sejuk

Mesin basuh & pengeringWasher & dryer

Baju basah lepas mandi kolam? Kering sebelum makan malam. Inilah kemudahan yang paling kerap tetamu sebut.Wet clothes after the pool? Dry before dinner. The amenity our guests mention most.

Lampu meja rotan menyala di sebelah katil

Bilik yang wangiRooms that smell lovely

Cadar putih kemas, lampu rotan, dan haruman lembut di setiap bilik.Crisp white linen, rattan lamps and a soft scent in every room.

"Rumah, bilik & towel semua wangiii! Every corner felt thoughtfully put together."Sue Razak
Meja BBQ konkrit dengan pemandangan padang terbuka

BBQ

Ruang BBQ di bawah pergola, menghadap padang terbuka. Disediakan untuk tetamu tanpa caj tambahan.A BBQ area under the pergola, facing open fields. Included for guests at no extra charge.

Anjung luar dengan kerusi rotan dan tanaman

Courtyard & mandi luarCourtyard & outdoor shower

Courtyard dalaman yang hijau dan pancuran luar untuk bilas selepas berenang.A green inner courtyard and an outdoor shower to rinse off after a swim.

Penghawa dinginAir-conditioningsetiap bilik tidur & ruang tamuevery bedroom & the living room
Kipas silingCeiling fanssetiap bilik, ruang tamu & dapurevery room, living room & kitchen
WiFipercumacomplimentary
Daftar masuk sendiriSelf check-inkotak kunci di pintu masukkey box at the entrance
Penapis air CowayCoway water filter
Mesin basuh & pengeringWasher & dryer
Dapur lengkapFull kitchendapur gas, microwave, peti sejukgas hob, microwave, fridge
Ruang tamu & TVLiving room & TV
Meja makanDining table8 tempat dudukseats 8
Tuala bersulamEmbroidered towels
ParkingParking6 kereta, persendirian di hadapan rumah6 cars, private, in front of the house
Bilik airBathrooms2
KatilBeds4 katil Queen4 Queen beds
SarapanBreakfastpercuma, penginapan 2 malam ke atascomplimentary, stays of 2+ nights
LokasiLocation

Jauh dari sesak bandar. Dekat bila perlu.Away from the city's bustle. Close when you need it.

PT 2071, Lorong Gong Gandeng,
Kampung Pengadang Baru,
20050 Kuala Terengganu, Terengganu
  • Pantai Batu Buruk9.3 km · ±22 min
  • Pasar Payang10.2 km · ±22 min
  • Masjid KristalCrystal Mosque10.5 km · ±24 min
  • Jambatan Angkat Kuala TerengganuKuala Terengganu Drawbridge11.0 km · ±26 min
  • Lapangan Terbang Sultan MahmudSultan Mahmud Airport14.7 km · ±25 min
  • Jeti Marang (ke Pulau Kapas)Marang Jetty (to Pulau Kapas)21.1 km · ±34 min
  • Nasi Dagang Atas Tol4.4 km · ±7 min
  • Roti Paung Che' Wan7.7 km · ±13 min

Anggaran memandu dari Google Maps; masa bergantung trafik.Driving estimates from Google Maps; times vary with traffic.

Buka di Google MapsOpen in Google Maps

Kadar & PolisiRates & Policies

Harga yang jelas, tanpa perlu bertanya.Clear prices, no need to ask.

Kadar semalam. Harga bergaris ialah kadar biasa; kadar istimewa sah hingga 31 Disember 2026.Per night. Struck-through prices are our standard rates; the special rate runs until 31 December 2026.

PilihanOption Hari biasaWeekday Hujung mingguWeekend Cuti umumPublic holiday
Unit penuhWhole house4 bilik · hingga 15 tetamu4 bedrooms · up to 15 guestsRM1,000RM890RM1,200RM990RM1,300RM1,090
3 bilik3 bedroomsRM750Unit penuh sahajaWhole house only
2 bilik2 bedroomsRM600
1 bilik1 bedroombilik mastermaster roomRM450
Musim Hari RayaHari Raya seasonunit penuhwhole houseRM1,300
Check-in
3:00 petang3:00 PM
Check-out
12:00 tengah hari. Lewat check-out perlu kelulusan awal; caj tambahan dikenakan.12:00 noon. Late check-out needs prior approval; additional charges apply.
Deposit
RM300 semasa menempah, untuk mengunci tarikh. Ia juga deposit keselamatan, dipulangkan dalam 3–5 hari bekerja selepas check-out. Kerosakan, barang hilang, pelanggaran peraturan atau caj pembersihan tambahan ditolak daripada deposit.RM300 when booking, to secure your dates. It also serves as a security deposit, refunded within 3–5 working days after check-out. Damage, missing items, rule breaches or extra cleaning are deducted from it.
Bayaran penuhFull payment
5 hari sebelum check-in. Deposit tidak ditolak daripada bayaran penuh.Due 5 days before check-in. The deposit is separate and not deducted from it.
Hujung minggu & cuti umumWeekends & public holidays
Hujung minggu Jumaat hingga Ahad. Unit penuh sahaja pada hujung minggu dan cuti umum.Weekend is Friday to Sunday. Whole house only on weekends and public holidays.
SarapanBreakfast
Percuma sekali pada pagi check-out untuk penginapan 2 malam ke atas, hingga 10 orang.Complimentary once, on check-out morning, for stays of 2 nights or more, for up to 10 guests.
PembatalanCancellation
Tiada bayaran balik selepas tarikh dikunci, kerana tarikh itu ditolak kepada tetamu lain. Jika tidak hadir, deposit hangus sepenuhnya. Tukar tarikh dibenarkan sekali sahaja, sekurang-kurangnya 7 hari sebelum check-in (14 hari untuk tarikh puncak: cuti umum, cuti sekolah dan musim perayaan), tertakluk kekosongan, dan tarikh baharu mestilah dalam tempoh 6 bulan dari tarikh asal.No refunds once your dates are secured, as they are closed to other guests. No-shows forfeit the full deposit. Dates may be changed once, at least 7 days before check-in (14 days for peak dates: public holidays, school holidays and festive seasons), subject to availability, with the new date within 6 months of the original date.
BayaranPayment
Pindahan bank ke akaun Koperasi Gritz Berhad sahaja; kami tidak menerima bayaran ke akaun lain. Butiran akaun diberi melalui WhatsApp rasmi kami; setiap bayaran perlu disertakan bukti bayaran ke WhatsApp 018-919 3766.Bank transfer to Koperasi Gritz Berhad only; we do not accept payment to any other account. Account details are shared via our official WhatsApp; please send proof of every payment to WhatsApp 018-919 3766.
Peraturan rumahHouse rules
Rumah keluarga: tetamu berdaftar sahaja, tiada parti atau acara, senyap selepas 11 malam. Dilarang merokok dan vape dalam rumah dan kawasan berpagar (hanya di parking), tiada haiwan peliharaan, alkohol, babi atau lemak babi. Tanggalkan kasut dalam rumah, tiada belon atau party popper di kolam, dan tiada basuh kereta. A family home: registered guests only, no parties or events, quiet after 11 PM. No smoking or vaping in the house or fenced grounds (parking area only), no pets, alcohol, pork or lard. Shoes off indoors, no balloons or party poppers in the pool, and no car washing. Peraturan penuhFull rules
Kata TetamuGuest Words
5.0
★★★★★
daripada 48 review di Googlefrom 48 reviews on Google
Sangat sangat tenang dekat sini. Rumah memang complete serba lengkap A+. Rasa macam suasana balik kampung je.
Fathnun Amran · Google
The moment we enter we felt right at home.
Audrie ODd · Google Local Guide
Homestay best, bersih dan selesa. Nak masak pun senang sebab semua lengkap. Nanti kiteorang akan repeat lagi kalau nak bercuti di Ganu.
Mohamad Fikri · Google
Recommended sangat bagi siapa yang tak nak duduk homestay yang sibuk di bandar KT
Aiman Zakwan · Google

Petikan diambil terus daripada review awam di Google Business Profile.Quoted directly from public reviews on our Google Business Profile, in the guests' own words. Baca semua reviewRead all reviews

FAQ

Soalan lazimFrequently asked

Boleh sewa bilik sahaja, bukan seluruh rumah?Can I book rooms only, not the whole house?

Boleh, pada hari biasa: 1 bilik RM450, 2 bilik RM600, 3 bilik RM750 semalam. Hujung minggu (Jumaat–Ahad) dan cuti umum untuk unit penuh sahaja. Bila anda sewa ikut bilik, bilik lain ditutup. Kami tidak berkongsi rumah dengan tetamu lain, jadi kolam dan ruang bersama tetap untuk anda.Yes, on weekdays: 1 room RM450, 2 rooms RM600, 3 rooms RM750 a night. Weekends (Friday–Sunday) and public holidays are whole-house only. When you book by the room, the other rooms are closed. We never share the house with other guests, so the pool and common spaces remain yours.

Berapa ramai boleh menginap?How many guests can stay?

Maksimum 15 orang termasuk kanak-kanak. Empat bilik tidur, setiap satu dengan katil Queen, paling selesa untuk 8 hingga 10 dewasa.A maximum of 15 guests including children. Four bedrooms, each with a Queen bed, most comfortable for 8 to 10 adults.

Ada sarapan?Is breakfast included?

Untuk penginapan 2 malam ke atas, kami sediakan sarapan percuma sekali pada pagi check-out, untuk hingga 10 orang.For stays of 2 nights or more, we serve a complimentary breakfast once, on check-out morning, for up to 10 guests.

Di mana saya boleh tempah?Where can I book?

Tempahan terus hanya melalui WhatsApp 018-919 3766. Renjana juga ada di Airbnb dan Agoda. Kami tidak menerima tempahan melalui nombor atau platform lain.Direct bookings only via WhatsApp 018-919 3766. Renjana is also listed on Airbnb and Agoda. We do not accept bookings through any other number or platform.

Pukul berapa check-in dan check-out?What are the check-in and check-out times?

Check-in 3:00 petang, check-out 12:00 tengah hari.Check-in at 3:00 PM, check-out at 12:00 noon.

Bagaimana deposit berfungsi?How does the deposit work?

Deposit RM300 dibayar semasa menempah untuk mengunci tarikh. Bayaran penuh dibuat 5 hari sebelum check-in, berasingan daripada deposit. Deposit dipulangkan dalam 3–5 hari bekerja selepas check-out; jika ada kerosakan atau masalah, kosnya ditolak daripada deposit.A RM300 deposit is paid when booking to secure your dates. Full payment is due 5 days before check-in, separate from the deposit. The deposit is refunded within 3–5 working days after check-out, less the cost of any damage or issues.

Bagaimana jika saya perlu batal?What if I need to cancel?

Selepas tarikh dikunci, tiada bayaran balik kerana tarikh itu telah ditutup kepada tetamu lain. Anda boleh menukar tarikh sekali, sekurang-kurangnya 7 hari sebelum check-in, atau 14 hari untuk tarikh puncak (cuti umum, cuti sekolah, musim perayaan), tertakluk kekosongan. Hubungi kami melalui WhatsApp.Once dates are secured there are no refunds, as they have been closed to other guests. You may change your dates once, at least 7 days before check-in, or 14 days for peak dates (public holidays, school holidays, festive seasons), subject to availability. Contact us on WhatsApp.

Sesuai untuk kanak-kanak?Is it suitable for children?

Kolam ada beting cetek (sun shelf) untuk duduk dan bermain air. Kanak-kanak perlu diawasi dewasa di kolam pada setiap masa.The pool has a shallow sun shelf to sit and play on. Children must be supervised by an adult at the pool at all times.

Ada aircon di setiap bilik?Is every room air-conditioned?

Ada. Keempat-empat bilik tidur dan ruang tamu berhawa dingin. Setiap bilik, ruang tamu dan dapur juga ada kipas siling.Yes. All four bedrooms and the living room are air-conditioned, and every room, the living room and the kitchen also have ceiling fans.

Boleh memasak?Can we cook?

Boleh. Dapur lengkap dengan dapur gas, microwave, peti sejuk dan penapis air Coway.Yes. The kitchen has a gas hob, microwave, fridge and a Coway water filter.

Ada tempat letak kereta?Is there parking?

Ada. Parking persendirian yang bertar di hadapan rumah, khas untuk tetamu Renjana, muat 6 kereta. Ia kawasan terbuka, tidak berpagar.Yes. Private paved parking in front of the house, for Renjana guests only, with room for 6 cars. It is an open, unfenced area.

Boleh merokok atau vape?Can we smoke or vape?

Tidak di dalam rumah dan tidak di mana-mana kawasan dalam pagar. Jika perlu, sila merokok atau vape di luar pagar, di kawasan parking.Not inside the house and not anywhere within the fence. If needed, please smoke or vape outside the gate, at the parking area.

Bagaimana cara check-in?How does check-in work?

Daftar masuk sendiri dari 3:00 petang. Kunci rumah ada dalam kotak kunci di sebelah kiri pintu masuk; kod dan panduan diberi kepada tetamu yang telah menempah. Cari "Renjana Private Stay" di Google Maps atau Waze.Self check-in from 3:00 PM. House keys are in a key box to the left of the entrance; the code and guide are shared with confirmed guests. Search "Renjana Private Stay" on Google Maps or Waze.

Ada CCTV?Are there CCTV cameras?

Ada, tetapi di bahagian luar rumah sahaja, untuk keselamatan. Tiada kamera di dalam rumah.Yes, but only outside the house, for safety and security. There are no cameras inside.

Boleh bawa haiwan peliharaan atau buat majlis?Can we bring pets or hold an event?

Tidak. Renjana ialah penginapan keluarga untuk tetamu berdaftar sahaja: tiada haiwan peliharaan, parti, acara atau pelawat yang tidak berdaftar.No. Renjana is a family stay for registered guests only: no pets, parties, events or unregistered visitors.

Tempah TerusBook Direct

Beritahu kami tarikh anda.Tell us your dates.

Tempah terus dengan kami dan kami sahkan ketersediaan melalui WhatsApp.Book directly with us and we will confirm availability on WhatsApp.

WhatsApp · atau isi borang di sebelahor use the form

Ini satu-satunya nombor tempahan rasmi Renjana. Kami juga ada di Airbnb dan Agoda.This is Renjana's only official booking number. We are also on Airbnb and Agoda.

Borang ini membuka WhatsApp dengan butiran anda. Kami tidak menyimpan maklumat di laman ini.This form opens WhatsApp with your details. Nothing is stored on this site. Notis PrivasiPrivacy Notice · Terma TempahanBooking Terms